
Banning of SIS
Sunday, June 14
Banning on SIS? Teringin benar nak komen, tapi ilmu kite x sberapa sgt laa..Cume yg boleh dibuat adalah dengan mengumpul seberapa byk pendapat dan pandangan mengenai isu ini oleh orang/pertubuhan tertentu kemudian dikongsikan bersama untuk membuka minda serta skop pemikiran kita bersama..Di bawah adalah reaksi2 drpd org tertentu…
******
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal - Sisters ini Islam (SIS) - diharamkan, membayangkan bentuk kerajaan yang bakal dibentuk PAS di Malaysia.
"kita boleh membayangkan bagaimanakah nanti bentuk kerajaan PAS di Malaysia", tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
******
Menyedari sumbangan besar Sisters in Islam (SIS), bekas menteri besar Selangor tidak bersetuju NGO wanita diharamkan, sebaliknya mencadangkan "Islam" dibuang pada nama badan tersebut.
"Masalah SIS ialah adanya nama Islam dalam pertubuhan tersebut yang menimbulkan pelbagai tafsiran.
"
******
Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada "Sisters in
Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif."
******
DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).
Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.
******
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata parti itu - anggota Pakatan Rakyat - tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut.
Malah, katanya, PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahli SIS menjalani proses pemulihan.
Sehubungan itu, Mustaffa mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.
******
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil has come to the defence of Sisters In Islam (SIS), which PAS wants banned if its activities are against the religion, saying “the Islamist party should learn to accept differing views”.
The Women, Family and Community Development Minister said if PAS could not even accommodate the differing views of some Muslim women activists, “how can they tolerate the dissenting non-Muslim voices?”
******
Selangor Islamic Religious Affairs Department (Jais) director-general Datuk Muhammed Khusrin Munawi was supportive of PAS’ call, noting that the group was too liberal when it came to issues relating to Islamic family law.
He said most of SIS members were not qualified to comment on Islam as they did not have an Islamic studies background.
Selangor Mufti Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid agreed, saying SIS’ activities and efforts were contradictory to Islamic teachings.
******
Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.
"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".
Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.
"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:
"
"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."
Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."
Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu…
******
Isu SIS: Khairy sokong bantahan 322 NGO, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya Sisters in Islam (SIS) diharamkan.
Menulis dalam blognya, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata, tidak ada justifikasi untuk mengharamkan SIS atau memulihkan ahli-ahlinya.
"Tidak kira sama ada seseorang itu menyokong agenda SIS atau tidak, dan cara diambilnya untuk mencapai matlamat persamaan gender dalam kontek Muslim, tiada justifikasi untuk mengharamkan pertubuhan itu, apatalah mahu memulihkan ahli-ahlinya," tulis Khairy.
******
PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS . PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.
Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".
Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar






0 comments:
Post a Comment