Friday, June 26, 2009

JPA!!!!!MAHASISWA

In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate

Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.

Salam’alayk dan salam sejahtera…

Seperti yang kita semua maklum,tarikh 28hb/6/2009 merupakan saat yang paling gembira bagi kebanyakan pelajar lepasan matrikulasi,asasi dan stpm kerana tarikh tersebut merupakan tarikh mereka mendaftarkan diri di universiti awam di negara ini.Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada bakal-bakal “mahasiswa” tersebut khususnya bagi sesiapa yang berjaya melanjutkan ke dalam bidang kesihatan tidak kira sama ada perubatan,pergigian,farmasi atau sebagainya di Universiti Malaya.Ingatlah,ini merupakan titik permulaan dalam hidup kalian.

Saya ada terbaca suatu keratan akhbar awal Jun yang lalu yang ada mengatakan JPA membelanjakan RM 750j taja 2,000 pelajar menuntut di luar Negara pada tahun ini.Kenyataan ini amat menarik minat saya untuk terus memberikan respon serta berkongsi pengalaman selaku mantan penerima biasiswa JPA (walaupun hanya sempat 1 tahun) walaupun saya hanya belajar di dalam negara.Ya,memang tidak dinafikan sebanyak 2,000 tempat disediakan oleh pihak JPA untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan kebanyakan daripada pelajar-pelajar tersebut memilih bidang perubatan,pergigian dan farmasi di UK.

Pihak JPA juga menyediakan biasiswa kepada sebahagian pelajar di IPTA khususnya kalau di UM untuk bidang perubatan,pergigian dan farmasi memang anda akan ditaja sepenuhnya oleh pihak tersebut.Cuma terpulang kepada diri anda sama ada mahu mengambilnya atau melepaskannya untuk menerima biasiswa daripada pihak lain.Umum mengetahui bahawa kebiasaannya wang yang ditaja oleh pihak JPA amatlah mencukupi untuk kegunaan pelajar-pelajar malah ada yang berkata kepada saya ianya terlebih daripada cukup.Malah ada yang menggunakan duit tersebut untuk pergi melancong bersama rakan-rakan.Itu terserah kepada rakan-rakan semua kerana kita semua sudah matang untuk menilai serta membelanjakan duit tersebut.Itu hak anda masing-masing.Bukan itu isu yang ingin saya kongsikan bersama sekarang ini.

Yang merisaukan pihak JPA adalah kemana hilangnya graduan-graduan tajaan JPA khususnya dalam bidang perubatan dan pergigian ini setelah habis belajar.Menurut Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Sidek Hassan,semua pemegang biasiswa JPA mulai tahun ini tidak akan dilepaskan dan mesti bekerja dengan kerajaan selepas menamatkan pengajian.”Tidak bolehlah mereka mengatakan berkhidmat untuk negara tidak semestinya bekerja dengan kerajaan...tak bolehlah begitu,”tambah beliau lagi.

Hati kecil ini tergelak kecil bercampur sedih.Tergelak kerana kalau difikir-fikirkan balik sewaktu mula-mula ingin memohon tajaan biasiswa JPA ini bukan main baik lagi berjanji yang kita akan berkhidmat kepada negara setelah tamat belajar tetapi saya sedih apabila sudah berdepan dengan dunia pekerjaan masing-masing mencari alasan tersendiri untuk tidak berkhidmat di negara ini.Bukan kita semua tidak tahu bahawa bidang ini amatlah kritikal di negara kita?Bukankah kita tahu bahawa kita khususnya dalam bidang perubatan dan pergigian ini terpaksa berkhidmat selama 10 tahun atau membayar balik nilai wang biasiswa tersebut?Bukankah kita sedia maklum bahawa negara kekurangan tenaga kerja dalam bidang tersebut?

Saya ingin berkongsi cerita dengan rakan-rakan semua.Ini merupakan kisah benar.Seorang cikgu sekolah rendah saya pernah memaklumkan kepada saya bahawa beliau pernah bertanya kepada seorang doktor pakar di bandar yang didiami beliau.“mengapa doktor terus bukak klinik pakar???mengapa doktor tak kerja kat hospitam kerajaan???,”Awak semua tahu apa doktor tersebut jawab,

“macam nilah cikgu,masa saya mula-mula belajar di luar negara,ibu bapa saya sanggup menggadaikan emas,tanah kebun dan rumah untuk saya.Cikgu tau kan yang yang harta-harta ini semua merupakan harta yang nilainya tak kan susut kan malah semakin bertambah???Jadi apa salahnya saya membalas jasa ibu-bapa saya yang selama ini terpaksa menumpang di rumah saudara-mara demi untuk membolehkan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran ini.Saya juga tidak pernah mengabaikan tugas saya sebagai seorang doktor,”Masyaallah,sampai begitu sekali dugaan serta cabaran sesebuah keluarga untuk melahirkan seorang doktor walaupun tidak berpeluang untuk mendapat tajaan daripada pihak lain.

Apapun alasan yang diberi memang ada kebenarannya.Tetapi saya ingin mengingatkan diri ini dan rakan-rakan yang masih bergelar mahasiswa bahawa wang yang kita terima itu merupakan wang masyarakat.Walaupun ianya ada bahagian kita daripada cukai yang dibayar oleh ibu-bapa kita semua tetapi ianya masih milik orang lain juga.Apa yang cuba ingin saya sampaikan bahawa marilah kita sama-sama berazam untuk mencurahkan kembali segala ilmu pengetahuan dan berbakti kepada masyarakat.

Sebagai seorang islam,satu sikap mengenai ilmu yang perlu kita terapkan dalam diri kita ialah aspek beramal di atas ilmu.Ini disokong melalui firman Allah SWT seperti ayat berikut:

Maksudnya:

Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan,”

As-Saf:ayat 3

Apa yang diterangkan dalam ayat tersebut ialah Allah murka kepada orang yang hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak melaksanakan apa yang diucapkannya.Daripada keterangan ini,jelas kepada kita bahawa apa-apa ilmu yang kita ada perlu diamalkan.disebarkan dan dilaksanakan dengan jujur serta amanah.

Jadi,saya ingin memohon maaf kepada semua sekiranya tulisan saya ini telah mengguris hati mana-mana pihak.Sesungguhnya,diri ini amatlah kerdil lagi hina yang tidak pernah sempurna ini.Akhir kata,marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

“Sekiranya anda mempunyai sebiji epal dan saya mempunyai sebiji epal, dan kita saling bertukar-tukar epal itu, maka anda dan saya masih mempunyai sebiji epal.Tetapi sekiranya anda mempunyai satu idea dan saya satu idea, dan kita saling bertukar idea, maka anda dan saya sudah mempunyai dua idea.” (George Bernard Shaw)

Insyaallah

Byeeeeee.............

1:47am,25hb/6/09

0 comments: