Friday, June 26, 2009

Rebut peluang biasiswa

In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate

Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.

Bilik temuduga biasiswa


Seperti isteri kita memasak tomyam semangkuk.Dia tidak menciptakan tomato,dia tidak ciptakan garam,lobak,daging ayam,air;pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun,memproses,mengatur barang yang sudah ada;masukkan ke dalam periuk.Apabila masak jadilah tomyam.Jadi,kuih yang Timah buat,rumah yang Salleh bina,kereta yang Jepun cipta,itu adalah sebutan kita sehari-hari tetapi hakikatnya tidak.Manusia sebut benda seperti itu,tetapi adakah begitu sungguh?Tidak!Ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham.Hakikatnya,apabila kamu detail sedikit kamu akan nampak bahawa Aku yang buat semuanya.”

Kewajaran:

Berdasarkan kata-kata tersebut mari kita sama-sama sandarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas ‘Arasy’.Dia menutup malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat,dan diciptakannya pula matahari,bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya.Ingatlah,menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah.Maha Suci Allah,Tuhan semesta alam.”

Al-A’raf: ayat 54

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan kepada kita bahawa Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi dan Dialah yang patut kita sembah dan segala penciptaan serta pemerintahan adalah hak milik-Nya.Dalam segala apa yang dimiliki,manusia hanya diberi pinjam oleh Allah untuk sementara.

Oleh itu,kita sebagai hamba yang hanya diciptakan untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada-Nya perlu sedar bahawa segala apa yang kita miliki sekarang adalah pinjaman untuk seketika.Ia hanya sebagai perhiasan dunia semata-mata.Pemilik yang hakiki adalah Allah SWT yang menciptakan segalanya untuk kemudahan dan keselesaan hamba-Nya bagi menjalani kehidupan seharian yakni untuk mengabdikan diri kepada-Nya.Walau setinggi manapun kita belajar nescaya kita tidak akan dapat mencipta sesuatu dengan sempurna sepertimana yang Allah cipta.Sifat kesempurnaan hanya dimiliki oleh Allah manakala manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kekurangan.

Justeru itu,mengapa saya memulakan dengan kata-kata seorang tuan guru beserta dengan sepotong ayat al-Quran??Ini adalah kerana saya cuba untuk mengaitkannya dengan topik yang ingin saya kongsikan.Untuk makluman semua,pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) disaran agar merebut biasiswa yang disediakan oleh kerajaan menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua.Menurut Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,peluang tersebut masih terbuka kerana setakat 1 April lalu,hanya 1,858 pelajar berjaya memohon berbanding 10,500 biasiswa yang disediakan.

Masyaallah,peluang sudah terbuka di depan mata kita semua cuma tunggu kita sajalah yang sama ada ingin atau tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Kerajaan juga menyediakan biasiswa bernilai RM 10,000 untuk pelajar sarjana dan RM 20,000 untuk pelajar PhD.Saya secara peribadinya menyimpan suatu harapan agar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Kawan-kawan semua macam mana?

Kita sering kagum atas kecerdasan dan ilmu yang dimiliki orang-orang pintar di dunia ini.Kita takjub akan indahnya karya dan canggihnya teknologi yang diciptakan manusia.Di sini,kita perlu sedar bahawa ilmu yang kita saksikan itu hanyalah sabahagian kecil sahaja yang diberikan Allah kepada kita.Sesungguhnya ilmu Allah lebih jauh melampaui semua itu.Begitu tingginya ilmu Allah sehingga kadang-kadang kita tidak mampu mengikuti dan memahaminya.Seperti soal roh,kiamat dan sebagainya.

Sebaliknya,apabila seseorang itu tidak percaya kepada hakikat penciptaan yang sebenar bahawa segala sesuatu itu dating daripada Allah SWT bermula daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara,maka mereka akan hidup dalam sifat ‘keakuan’,iaitu sifat bangga diri dengan apa yang dimiliki.

Semoga dengan memahami sifat ilmu ini,kita sebagai hamba akan terdorong untuk terus menimba ilmu selagi kita hidup,kerana kita sedar bahawa sebanyak mana ilmu yang kita miliki,masih lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak ketahui disebabkan kelemahan kita.Semakin banyak ilmu kita,mudah-mudahan bertambah jugalah rasa kagum dan syukur kita kepada Allah SWT.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.

(An-Naml: 73)

Wassalam,…

Source:Telaga Budi.himpunan kata-kata hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat.

0 comments: