Wednesday, July 1, 2009

Selamat Datang....


In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate

Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.

Salam'alayk dan salam perpaduan...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baru. Saudara-saudari merupakan golongan bertuah kerana daripada jumlah ribuan lebih orang pemohon, hanya 72 orang calon sahaja dipilih untuk memasuki fakulti pergigian UM bagi sesi 09/10 ini.Saya berharap saudara-saudari akan menghargai peluang yang diberi kepada anda dan akan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan cemerlang di fakulti ini.


Kehidupan saudara-saudari di universiti ini telah bermula dengan pendaftaran sebagai pelajar UM kelmarin serta penyertaan Program Minggu Haluan Siswa. Saya berharap saudara-saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Haluan Siswa ini dan seterusnya akan menikmati kehidupan sebagai pelajar universiti untuk selama lima tahun akan datang.


Adik2,

Orang yang mempunyai ilmu luas akan dapat memikir dengan terbuka dan bertindak dengan rasional. Sebaliknya, mereka yang mempunyai ilmu yang sempit akan memikir dengan tertutup dan berkelakuan fanatik.

Sehubungan dengan ini, marilah kita merenung sejenak perkara berikut:

Jika kita ada ilmu baik, kita akan memikir dengan baik;

Jika kita ada pemikiran baik, kita akan bersikap dengan baik;

Jika kita ada sikap baik, kita akan bertabiat dengan baik;

Jika kita ada tabiat baik, kita akan berprestasi baik.


Kita juga sedang menghadapi banyak cabaran di dunia moden ini bukan sahaja dalam penuntutan ilmu dan kemahiran tetapi juga dalam soal moral dan akhlak. Di zaman Internet dan langit terbuka sekarang, kita tidak boleh lagi mengharapkan adanya pengawal moral untuk menjaga segala gerak-geri kita serta menapis apa yang kita baca dan lihat setiap hari. Kita juga tidak harus berkelakuan seperti seekor burung untah yang menimbus kepalanya di dalam pasir apabila merasa takut. Kita harus berani untuk menghadapi realiti zaman globalisasi serta segala pengaruh baik dan buruk yang dibawa olehnya. Kita akan ketinggalan zaman dan menjadi bangsa yang mundur sekiranya menutup minda, mata dan telinga kita kepada aliran kemajuan di dunia moden ini. Kita tidak harus takut kepada pengaruh luar sekiranya kita teguh kepada kepercayaan dan prinsip moral sendiri dan dapat membuat penilaian sewajar ke atas perkara yang didedah kepadanya.
Oleh itu,saya secara peribadi sekali lagi mengucapkan selamat datang,welcome,ahlan wassahlan wa marhaban bikum dan
»¶Ó...

Sekian, terima kasih dan Selamat Maju Jaya.


:: BERSAMA MENJULANG TRADISI KECEMERLANGAN ::


Muhammad Khiratti Bin Mat Zainal
Abulcasis' video

0 comments: