BANGI 28 Jun - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menambah pengambilan pelajar kursus doktor pergigian pada tahun hadapan berikutan penambahan bajet oleh kerajaan sebanyak RM35 juta.
Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, bajet tersebut bertujuan menambah fasiliti dan prasarana fakulti pergigian yang dapat menampung lebih ramai pelajar.
''Kemudahan di fakulti sedang dinaik taraf dan berkemungkinan kami dapat menawarkan lebih tempat kepada pelajar pada tahun hadapan.
''Pada sesi kali ini, tempat yang ditawarkan bagi kursus doktor pergigian adalah sebanyak 56 tempat dan kesemuanya telah penuh diisi,'' katanya pada akhbar di Kolej Burhanuddin Helmi UKM di sini hari ini.
Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bilangan doktor gigi di negara ini kritikal dengan nisbah seorang doktor kepada 8,000 penduduk.
Untuk makluman semua,UM pada tahun ini telah menawarkan tempat kepada 72 org untuk pelajar baru.Mereka semua telah ditempatkan di 3 kolej kediaman.Jumlah tersebut telah dikurangkan daripada tahun berikutnya.Hal ini kerana,UM mahu fokus sebagai universiti penyelidikan.
Kolej Kedua:24 org=7 lelaki & 17 perempuan
Kolej Ketiga:24 org=7 lelaki & 17 perempuan
Utusan online






0 comments:
Post a Comment