(Barang siapa yg sabar, pasti cita-citanya terlaksananya)
Assalamualaikum wbt...Sehingga minggu yg ke-7 ini,banyak sungguh benda/perkara yang perlu saya buat dan capai.Hal-hal mengenai pembelajaran+klinik+lab+schedule+elektif+++ sudah cukup membuatkan seseorang yang tidak 'kuat' akan menyerah kalah.Memandangkan kami telah berada di tahun terakhir,maka tekanannya semakin dirasai.Hampir setiap hari telinga ini mendengar pelbagai cerita2 sedih,pilu dan menyayat hati mengenai rakan2 di klinik.Ada juga saya terdengar cerita2 yang melucukan,gembira dan menarik daripada rakan2.
Sebagai seorang insan yang sedang mengembara untuk mencari secubit ilmu ini,kita akan pernah sesekali putus asa dengan diri dan hidup kita.Apabila mengalami kegagalan dan kebuntuan,kita terus kecewa dan putus asa dalam mencari ilmu.
Menasihati diri sendiri lebih susah daripada menasihati orang lain.Betul bukan??
Apabila rakan2 berada dalam kesusahan,kita dengan lancarnya menasihati rakan2 kita agar dapat mententeramkan mereka,tetapi jika kita pula berada dalam kekecewaan,bolehkah kita menasihati diri kita dengan berkesan?? Tepuk dada tanya selera.
Jangan putus asa, berusahalah dengan sungguh-sungguh, mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah. Walaupun Anda pada hari ini belum mendapatkan ilmu, maka curahkanlah terus usahamu di hari kedua, ketiga, keempat,…. setahun, dua tahun, dan seterusnya…
Seorang penuntut ilmu tidak boleh terburu-buru dalam meraih ilmu. Menuntut ilmu tidak bisa kilat atau dikursuskan dalam waktu singkat. Harus diingat, bahwa perjalanan dalam menuntut ilmu adalah panjang dan lama, oleh karena itu wajib sabar dan selalu memohon pertolongan kepada Allah agar tetap istiqamah dalam kebenaran.
Seorang penuntut ilmu tidak boleh futur dalam usahanya untuk memperoleh dan mengamalkan ilmu. Futur yaitu rasa malas, enggan, dan lamban dimana sebelumnya ia rajin, bersungguh-sungguh, dan penuh semangat.
~Sekadar perkongsian,apabila saya berada dalam keadaan yang tertekan,tempat yang terbaik untuk saya meluahkan segala perasaan adalah Allah swt.. berbanding daripada yang lain..
Antara mesej2 (sms) yang dapat menenangkan dan memberikan semangat kepada saya ketika saya berada dalam keadaan tekanan di klinik adalah daripada pesakit2 yang 'telah dan sedang' mendapatkan rawatan daripada saya:
1) It's ok.Know everyone needs more practice baru can be perfect,when u open ur clinic in the future,dun forget to give me discount.huhu
2) 'weii...lama tu..bln 7..Tp takpe la as long gg leh tahan lg..JANJI END OF THE DAY GG I DAH CANTIK K...'
3) 'i believe it need days to recover fully as b4 by the way u have done a good job.u still can improve better.Gambade.'
~Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein