Friday, July 3, 2009
Isteriku Bercakaran Di Syurga

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya, Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa? Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai. Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja? Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita. Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu? Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni. Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga? Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah. Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga. Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang.... Sayang: Ayang setuju sangat Bang. Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni. Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya,
Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu.... Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much.. Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata.. Sayang kat Abang juga... selamanya..
http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/04/isteriku-bercakaran-di-syurga.htmlThursday, July 2, 2009
Aturcara program MHS sesi 09/10 peringkat fakulti pergigian

2.30-3.00 ptg:Pengedaran buku panduan,panduan pendaftaran,kad rekod pelajar dan borang aku janji
3.00-3.30 ptg:Penerangan ringkas mengenai pendaftaran oleh penolong pendaftar kanan,fakulti pergigian.
3.30-4.00 ptg:Penyerahan borang aku janji dan kad rekod pelajar dan sijil2 yg telah disahkan benar.
4.00-4.30 ptg:Urusan membuka akaun perdana mail dan pendaftaran secara 'online'
4.30-5.30 ptg:Perkongsian pengalaman belajar di fakulti pergigian yg dikendalikan oleh DENSOC dan PPIPUM..

Untuk makluman,semua aturcara ini telah diadakan di setiap kolej kediaman yang mana penghuninya terdapat pelajar baru pergigian contonhnya di kolej 1st,2nd dan 6th.
Di kolej kediaman keenam ( Isnin,29 Jun 09)
Di kolej kediman pertama ( Selasa,30 Jun 09)
Di kolej kediman kedua ( Rabu,1 Julai 09)
Pengalaman sepanjang MHS 09/10 peringkat fakulti....
oiii,no entry laa....In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.Salam'alayk dan salam perpaduan...
Saya menulis artikel ini adalah kerana saya ingin berkongsi pengalaman yang telah berlaku kepada saya dan rakan2 laen sepanjang minggu haluan siswa (MHS ) ini.Untuk makluman rakan2 semua,tahun ini MHS telah diadakan di setiap kolej kediaman bersempena dengan penularan wabak selesema A 2009 (atau dikenali sebagai selesema babi) di negara kita ini.Semua pelajar baru sesi 09/10 telah dikuarantinkan di setiap kolej kediaman sepanjang "incubation period" tersebut.Jadi,semua acara di DTC dan KPS seperti tahun2 sebelum ini telah dibatalkan...

Sedikit sebanyak pengenalan sebelum saya menceritakan lebih lanjut mengenai tajuk yg dipilih.Saya terlibat dengan setiap program fakulti dengan mahasiswa baru di setiap kolej kediaman.Pada hari isnin 29/6/09 saya dengan beberapa org rakan lagi dan kakitangan pejabat dekan fakulti pergigian telah ke kolej kediaman ke-6.Di sana,segala perancangan aturcara yg dirancang telah berjalan dengan sangat lancar.Melalui slot perkongsian pengalaman belajar di fakulti pergigian bersama pelajar baru telah dikendalikan oleh saya dan beberapa orang lagi yang 'mewakili' DENSOC dan PPIPUM oleh sebab mereka baru dimaklumkan mengenai perkara ini.Ucapan syabas dan takniah kepada pihak pentadbiran kolej kediaman keenam beserta pembantu mahasiswanya yang bersikap professional dan yang telah banyak memudahkan pergerakan aturcara program tersebut..

Pada hari selasa 30/6/09 pula,saya dengan beberapa orang rakan lagi yg mewakili DENSOC dan PPIPUM ke kolej kediaman pertama yg merupakan bekas kolej kediaman saya selama 3 tahun untuk berjumpa adik2 baru di sana.Belum pun tiba di bilik bacaan,AIA (tempat dimana berlangsungnya perjumpaan dengan adik2 baru) kami telah ditahan oleh 'PM2' kolej kediaman pertama.Mereka mempersoalkan mengenai kehadiran wakil ppipum tersebut seolah-olah mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu.Tetapi setelah dijelaskan dengan terperinci barulah mereka dibenarkan masuk.
" no card pls "Apabila saya mengeluarkan 'bussiness card' mpmum untuk diberikan kepada adik2 baru ini saya telah ditegur oleh 'PM' sekali lagi.Walhal niat saya ikhlas untuk membantu adik2 ini sekirnya mereka mengalami masalah sepanjang MHS ini.Saya memberentikan niat untuk memberikan 'bussiness card' tersebut.Sementara menunggu kehadiran orang2 dari pejabat dekan,wakil ppipum beberapa kali didekati dan disoal mengenai kehadiran mereka di situ oleh 'PM' dan pembantu penyelia.
Setibanya penolong pendaftar fakulti pergigian,aturcara program terus dijalankan sehingga ke slot yg terakhir iaitu slot bersama wakil pelajar,DENSOC dan PPIPUM.Pada ketika itu,semua orang2 pejabat telah berangkat pulang ke fakulti dan mereka menyerahkan majlis kepada kami.Selepas penerangan ringkas oleh wakil PPIPUM,kami teruskan dengan pengenalan diri pelajar2 baru dalam usaha untuk mengenali mereka dan mewujudkan suatu pertalian yg erat seperti mana kami lakukan di kolej kediaman 6 dan pada tahun2 sebelumnya.Semasa tinggal beberapa sahaja lagi pelajar yang belum mengenalkan diri,salah seorang penyelia kolej telah memanggil nama salah seorang sahabat saya dengan agak kuat menyebabkan kami semua di dalam bilik tersebut termasuk pelajar2 baru telah terkejut.Beliau mahu program tersebut diberhentikan dengan serta-merta atas alasan taklimat bersama pihak fakulti telah selesai.Walhal saya melihat kepada tentatif program di mana sepatutnya program habis pada pukul 5.30 ptg tp sekarang br pukul 4.15ptg.Saya telah berjumpa penyelia tersebut untuk menerangkan mengenai aturcara program tersebut sambil menunjukkan surat yg difakskan kepada kolej itu.Tetapi beliau berkeras sambil memaki hamun saya di depan adik2 baru semua..Saya terkejut kerana sikap yg digunakan kepada saya tidak mencerminkan beliau seorang pensyarah malah bapa kepada seorang anak.Malah saya dianggap orang asing bagi mereka walhal saya telah 3 tahun berada di kolej tersebut.Untuk tidak mengelakkan insiden yg lebih teruk berlaku antara saya dan dia,saya telah mengambil keputusan untuk segera berhenti dan beredar dari kolej tersebut memandangkan rakan2 saya yg lain yg bersama-sama saya agak 'panas' dengan tindakan tidak sopan org tersebut menghalau kami.Jadi kami pun terus keluar dari bilik tersebut tanpa sempat mengucapkan apa-apa kepada adik2 baru.
Kami tidak pasti tujuan sebenar beliau kerana kejadian berlaku sangat cepat.Saya dapat melihat perasaan adik2 baru semua dalam keadaan ketakutan.Apa perasaan adik2 baru terhadap kami yerk???mungkinkah kami dicop sebagai pesalah???
Perasaan kami terkilan terhadap semua pihak terbabit dalam insiden tersebut.Jika kami salah sekalipun ( itu yg cuba diberitahu kepada saya) apa salahnya suruh kami berhenti secara sopan dan berhemah.Bukannnya dengan cara maki hamun dan tengking-menengking.
Di mana nilai kesopanan dan kesusilaan orang kita???
Selepas insiden tersebut,baru saya tahu bagaimana rupanya orang2 di bekas 'kolej' saya tersebut..
Pada hari rabu 1/7/09 sepatutnya saya ke kolej kediaman-2 untuk bersama-sama dengan adik2 baru di kolej tersebut tetapi saya tidak dapat hadirkan diri kerana menguruskan beberapa hal lain.Jadi saya tidak dapat untuk berjumpa mereka.
Kesimpulannya,saya sekadar ingin berkonsi pengalaman dengan rakan2 supaya anda yang mungkin tidak dapat peluang untuk mengalaminya dapat bersama-sama merenung dan bermuhasabah kembali diri ini.Saya tidak menyimpan dendam kepada sesiapa yang terlibat pasal insiden ini tetapi saya harap kita semua dapat mengubah perangai serta pemikiran kita yg kolot ini supaya lebih bersifat professional.Kepada adik2 baru,kami ingin memohon maaf sekiranya kehadiran kami di kolej kediaman pertama tidak dialu-alukan.Niat kami hanyalah untuk berjumpa dengan adik2 dan memberikan taklimat serta curahan pengalaman sepanjang kami berada di fakulti ini supaya adik2 mempunyai semangat yg kuat dan tinggi untuk belajar di fakulti ini sampai adik2 semua telah habis belajar.
Biarlah kami dimaki hamun sekalipun semata-mata untuk berkongsi pengalaman dengan adik2 namun kami tetap tahan jua.Jika kita mahukan kejayaan semanis madu,letakkan usaha kita sepahit hempedu.Apabila adik2 berada di tempat kami nanti,baru adik2 dapat merasakan perasaan yg sama seperti kami apabila menyambut kehadiran pelajar baru.
Akhir kata,minta maaf sekali lg dan wallahualam..
wassalam....
muhammadkhiratti bin mat zainal,,
USM CIPTA KAEDAH RAWAT GIGI MATI


Dr Abdul Rashid berkata, beliau bersama pasukan penyelidik diketuai Dr Sam'an Malik Masudi bersama Prof Ismail Abdul Rahman, Nor Shamsuria Omar dan Syafawati Zain membuat kajian sejak tiga tahun lalu bagi mengurangkan risiko kegagalan dalam rawatan kanal akar, iaitu rawatan ke atas gigi yang mati. Beliau berkata, prosedur rawatan memerlukan kanal gigi mati dicuci dan selepas itu, ditampal bagi memastikan tiada bakteria masuk kanal yang boleh menyebabkan jangkitan tisu di hujung akar gigi sebelum gigi ditampal bagi mengekalkan fungsinya. "Bagaimanapun, rawatan sebelum ini terdedah kepada kegagalan kerana ada kanal kecil yang tidak dapat ditampal dengan sempurna menyebabkan bakteria menyusup masuk dan kami berpendapat bahan perekat penampal adalah faktor utama ke atas kejayaan rawatan ini. "Ekoran itu, kami mencipta 'nanoseal plus' yang juga bahan perekat pergigian pertama di dunia menggunakan zarah nano dengan teknologi terkini," katanya.
Sementara itu, Dr Sam'an berkata, pihaknya yakin produk itu dapat dipasarkan ke seluruh dunia kerana kos menghasilkannya yang murah iaitu RM50 berbanding bahan yang menelan kos sekitar RM300...
source:Bernama..
Wednesday, July 1, 2009
year 4,09/10 session~1st week schedule...

In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.Salam'alayk dan salam perpaduan...
| | Monday 6/7/09 | Tuesday 7/7/09 | Wednesday 8/7/09 | Thursday 9/7/09 | Friday 10/7/09 |
| 10-1 | Inventori | Cons-B,C,F SDHD-D,E Self Learning-A | Cons-A Prost-C,F OD-B,D Self Learning-E | OS(Xn)-C Paedo-D,E,F SDHD-A,B | Prost-A,C,D Radio-F Perio-B,E |
| 2-3 pm 3-5 pm | Inventori | Perio-D,F Paedo-B,C,E O.M-A | OS-A Cons-D,E,F Social Behavioural-B SDHD-C | Prost-B,D,F Cons-A,C MOS-E | OS-F Cons-B,D,E Social Behavioural-A,C |
Friday:
10-12.15pm-Prost-A,C,D
-Radio-F
-Perio-B,E
2.45pm-OS-F
-Cons-B,D,E
-Social Behavioural-A,C
UKM mungkin tambah pelajar pergigian
BANGI 28 Jun - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menambah pengambilan pelajar kursus doktor pergigian pada tahun hadapan berikutan penambahan bajet oleh kerajaan sebanyak RM35 juta.
Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, bajet tersebut bertujuan menambah fasiliti dan prasarana fakulti pergigian yang dapat menampung lebih ramai pelajar.
''Kemudahan di fakulti sedang dinaik taraf dan berkemungkinan kami dapat menawarkan lebih tempat kepada pelajar pada tahun hadapan.
''Pada sesi kali ini, tempat yang ditawarkan bagi kursus doktor pergigian adalah sebanyak 56 tempat dan kesemuanya telah penuh diisi,'' katanya pada akhbar di Kolej Burhanuddin Helmi UKM di sini hari ini.
Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bilangan doktor gigi di negara ini kritikal dengan nisbah seorang doktor kepada 8,000 penduduk.
Untuk makluman semua,UM pada tahun ini telah menawarkan tempat kepada 72 org untuk pelajar baru.Mereka semua telah ditempatkan di 3 kolej kediaman.Jumlah tersebut telah dikurangkan daripada tahun berikutnya.Hal ini kerana,UM mahu fokus sebagai universiti penyelidikan.
Kolej Kedua:24 org=7 lelaki & 17 perempuan
Kolej Ketiga:24 org=7 lelaki & 17 perempuan
Utusan online
Selamat Datang....

In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.Salam'alayk dan salam perpaduan...
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baru. Saudara-saudari merupakan golongan bertuah kerana daripada jumlah ribuan lebih orang pemohon, hanya 72 orang calon sahaja dipilih untuk memasuki fakulti pergigian UM bagi sesi 09/10 ini.Saya berharap saudara-saudari akan menghargai peluang yang diberi kepada anda dan akan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan cemerlang di fakulti ini.
Kehidupan saudara-saudari di universiti ini telah bermula dengan pendaftaran sebagai pelajar UM kelmarin serta penyertaan Program Minggu Haluan Siswa. Saya berharap saudara-saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Haluan Siswa ini dan seterusnya akan menikmati kehidupan sebagai pelajar universiti untuk selama lima tahun akan datang.
Adik2,
Orang yang mempunyai ilmu luas akan dapat memikir dengan terbuka dan bertindak dengan rasional. Sebaliknya, mereka yang mempunyai ilmu yang sempit akan memikir dengan tertutup dan berkelakuan fanatik.
Sehubungan dengan ini, marilah kita merenung sejenak perkara berikut:
Jika kita ada ilmu baik, kita akan memikir dengan baik;
Jika kita ada pemikiran baik, kita akan bersikap dengan baik;
Jika kita ada sikap baik, kita akan bertabiat dengan baik;
Jika kita ada tabiat baik, kita akan berprestasi baik.
Kita juga sedang menghadapi banyak cabaran di dunia moden ini bukan sahaja dalam penuntutan ilmu dan kemahiran tetapi juga dalam soal moral dan akhlak. Di zaman Internet dan langit terbuka sekarang, kita tidak boleh lagi mengharapkan adanya pengawal moral untuk menjaga segala gerak-geri kita serta menapis apa yang kita baca dan lihat setiap hari. Kita juga tidak harus berkelakuan seperti seekor burung untah yang menimbus kepalanya di dalam pasir apabila merasa takut. Kita harus berani untuk menghadapi realiti zaman globalisasi serta segala pengaruh baik dan buruk yang dibawa olehnya. Kita akan ketinggalan zaman dan menjadi bangsa yang mundur sekiranya menutup minda, mata dan telinga kita kepada aliran kemajuan di dunia moden ini. Kita tidak harus takut kepada pengaruh luar sekiranya kita teguh kepada kepercayaan dan prinsip moral sendiri dan dapat membuat penilaian sewajar ke atas perkara yang didedah kepadanya.
Oleh itu,saya secara peribadi sekali lagi mengucapkan selamat datang,welcome,ahlan wassahlan wa marhaban bikum dan »¶Ó...
Sekian, terima kasih dan Selamat Maju Jaya.
:: BERSAMA MENJULANG TRADISI KECEMERLANGAN ::
Muhammad Khiratti Bin Mat Zainal
Abulcasis'
Friday, June 26, 2009
JPA!!!!!MAHASISWA
In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.
Salam’alayk dan salam sejahtera…
Seperti yang kita semua maklum,tarikh 28hb/6/2009 merupakan saat yang paling gembira bagi kebanyakan pelajar lepasan matrikulasi,asasi dan stpm kerana tarikh tersebut merupakan tarikh mereka mendaftarkan diri di universiti awam di negara ini.Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada bakal-bakal “mahasiswa” tersebut khususnya bagi sesiapa yang berjaya melanjutkan ke dalam bidang kesihatan tidak kira sama ada perubatan,pergigian,farmasi atau sebagainya di Universiti Malaya.Ingatlah,ini merupakan titik permulaan dalam hidup kalian.
Saya ada terbaca suatu keratan akhbar awal Jun yang lalu yang ada mengatakan JPA membelanjakan RM 750j taja 2,000 pelajar menuntut di luar Negara pada tahun ini.Kenyataan ini amat menarik minat saya untuk terus memberikan respon serta berkongsi pengalaman selaku mantan penerima biasiswa JPA (walaupun hanya sempat 1 tahun) walaupun saya hanya belajar di dalam negara.Ya,memang tidak dinafikan sebanyak 2,000 tempat disediakan oleh pihak JPA untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan kebanyakan daripada pelajar-pelajar tersebut memilih bidang perubatan,pergigian dan farmasi di UK.
Pihak JPA juga menyediakan biasiswa kepada sebahagian pelajar di IPTA khususnya kalau di UM untuk bidang perubatan,pergigian dan farmasi memang anda akan ditaja sepenuhnya oleh pihak tersebut.Cuma terpulang kepada diri anda sama ada mahu mengambilnya atau melepaskannya untuk menerima biasiswa daripada pihak lain.Umum mengetahui bahawa kebiasaannya wang yang ditaja oleh pihak JPA amatlah mencukupi untuk kegunaan pelajar-pelajar malah ada yang berkata kepada saya ianya terlebih daripada cukup.Malah ada yang menggunakan duit tersebut untuk pergi melancong bersama rakan-rakan.Itu terserah kepada rakan-rakan semua kerana kita semua sudah matang untuk menilai serta membelanjakan duit tersebut.Itu hak anda masing-masing.Bukan itu isu yang ingin saya kongsikan bersama sekarang ini.
Yang merisaukan pihak JPA adalah kemana hilangnya graduan-graduan tajaan JPA khususnya dalam bidang perubatan dan pergigian ini setelah habis belajar.Menurut Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Sidek Hassan,semua pemegang biasiswa JPA mulai tahun ini tidak akan dilepaskan dan mesti bekerja dengan kerajaan selepas menamatkan pengajian.”Tidak bolehlah mereka mengatakan berkhidmat untuk negara tidak semestinya bekerja dengan kerajaan...tak bolehlah begitu,”tambah beliau lagi.
Hati kecil ini tergelak kecil bercampur sedih.Tergelak kerana kalau difikir-fikirkan balik sewaktu mula-mula ingin memohon tajaan biasiswa JPA ini bukan main baik lagi berjanji yang kita akan berkhidmat kepada negara setelah tamat belajar tetapi saya sedih apabila sudah berdepan dengan dunia pekerjaan masing-masing mencari alasan tersendiri untuk tidak berkhidmat di negara ini.Bukan kita semua tidak tahu bahawa bidang ini amatlah kritikal di negara kita?Bukankah kita tahu bahawa kita khususnya dalam bidang perubatan dan pergigian ini terpaksa berkhidmat selama 10 tahun atau membayar balik nilai wang biasiswa tersebut?Bukankah kita sedia maklum bahawa negara kekurangan tenaga kerja dalam bidang tersebut?
Saya ingin berkongsi cerita dengan rakan-rakan semua.Ini merupakan kisah benar.Seorang cikgu sekolah rendah saya pernah memaklumkan kepada saya bahawa beliau pernah bertanya kepada seorang doktor pakar di bandar yang didiami beliau.“mengapa doktor terus bukak klinik pakar???mengapa doktor tak kerja kat hospitam kerajaan???,”Awak semua tahu apa doktor tersebut jawab,
“macam nilah cikgu,masa saya mula-mula belajar di luar negara,ibu bapa saya sanggup menggadaikan emas,tanah kebun dan rumah untuk saya.Cikgu tau
Apapun alasan yang diberi memang ada kebenarannya.Tetapi saya ingin mengingatkan diri ini dan rakan-rakan yang masih bergelar mahasiswa bahawa wang yang kita terima itu merupakan wang masyarakat.Walaupun ianya ada bahagian kita daripada cukai yang dibayar oleh ibu-bapa kita semua tetapi ianya masih milik orang lain juga.Apa yang cuba ingin saya sampaikan bahawa marilah kita sama-sama berazam untuk mencurahkan kembali segala ilmu pengetahuan dan berbakti kepada masyarakat.
Sebagai seorang islam,satu sikap mengenai ilmu yang perlu kita terapkan dalam diri kita ialah aspek beramal di atas ilmu.Ini disokong melalui firman Allah SWT seperti ayat berikut:
Maksudnya:
“Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan,”
As-Saf:ayat 3
Apa yang diterangkan dalam ayat tersebut ialah Allah murka kepada orang yang hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak melaksanakan apa yang diucapkannya.Daripada keterangan ini,jelas kepada kita bahawa apa-apa ilmu yang kita ada perlu diamalkan.disebarkan dan dilaksanakan dengan jujur serta amanah.
Jadi,saya ingin memohon maaf kepada semua sekiranya tulisan saya ini telah mengguris hati mana-mana pihak.Sesungguhnya,diri ini amatlah kerdil lagi hina yang tidak pernah sempurna ini.Akhir kata,marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
“Sekiranya anda mempunyai sebiji epal dan saya mempunyai sebiji epal, dan kita saling bertukar-tukar epal itu, maka anda dan saya masih mempunyai sebiji epal.Tetapi sekiranya anda mempunyai satu idea dan saya satu idea, dan kita saling bertukar idea, maka anda dan saya sudah mempunyai dua idea.” (George Bernard Shaw)
Insyaallah
Byeeeeee.............
1:47am,25hb/6/09
Rebut peluang biasiswa
In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.
Bilik temuduga biasiswa
“Seperti isteri kita memasak tomyam semangkuk.Dia tidak menciptakan tomato,dia tidak ciptakan garam,lobak,daging ayam,air;pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun,memproses,mengatur barang yang sudah ada;masukkan ke dalam periuk.Apabila masak jadilah tomyam.Jadi,kuih yang Timah buat,rumah yang Salleh bina,kereta yang Jepun cipta,itu adalah sebutan kita sehari-hari tetapi hakikatnya tidak.Manusia sebut benda seperti itu,tetapi adakah begitu sungguh?Tidak!Ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham.Hakikatnya,apabila kamu detail sedikit kamu akan nampak bahawa Aku yang buat semuanya.”
Kewajaran:
Berdasarkan kata-kata tersebut mari kita sama-sama sandarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas ‘Arasy’.Dia menutup malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat,dan diciptakannya pula matahari,bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya.Ingatlah,menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah.Maha Suci Allah,Tuhan semesta alam.”
Al-A’raf: ayat 54
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan kepada kita bahawa Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi dan Dialah yang patut kita sembah dan segala penciptaan serta pemerintahan adalah hak milik-Nya.Dalam segala apa yang dimiliki,manusia hanya diberi pinjam oleh Allah untuk sementara.
Oleh itu,kita sebagai hamba yang hanya diciptakan untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada-Nya perlu sedar bahawa segala apa yang kita miliki sekarang adalah pinjaman untuk seketika.Ia hanya sebagai perhiasan dunia semata-mata.Pemilik yang hakiki adalah Allah SWT yang menciptakan segalanya untuk kemudahan dan keselesaan hamba-Nya bagi menjalani kehidupan seharian yakni untuk mengabdikan diri kepada-Nya.Walau setinggi manapun kita belajar nescaya kita tidak akan dapat mencipta sesuatu dengan sempurna sepertimana yang Allah cipta.Sifat kesempurnaan hanya dimiliki oleh Allah manakala manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kekurangan.
Justeru itu,mengapa saya memulakan dengan kata-kata seorang tuan guru beserta dengan sepotong ayat al-Quran??Ini adalah kerana saya cuba untuk mengaitkannya dengan topik yang ingin saya kongsikan.Untuk makluman semua,pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) disaran agar merebut biasiswa yang disediakan oleh kerajaan menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua.Menurut Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,peluang tersebut masih terbuka kerana setakat 1 April lalu,hanya 1,858 pelajar berjaya memohon berbanding 10,500 biasiswa yang disediakan.
Masyaallah,peluang sudah terbuka di depan mata kita semua cuma tunggu kita sajalah yang sama ada ingin atau tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Kerajaan juga menyediakan biasiswa bernilai RM 10,000 untuk pelajar sarjana dan RM 20,000 untuk pelajar PhD.Saya secara peribadinya menyimpan suatu harapan agar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Kawan-kawan semua macam mana?
Kita sering kagum atas kecerdasan dan ilmu yang dimiliki orang-orang pintar di dunia ini.Kita takjub akan indahnya karya dan canggihnya teknologi yang diciptakan manusia.Di sini,kita perlu sedar bahawa ilmu yang kita saksikan itu hanyalah sabahagian kecil sahaja yang diberikan Allah kepada kita.Sesungguhnya ilmu Allah lebih jauh melampaui semua itu.Begitu tingginya ilmu Allah sehingga kadang-kadang kita tidak mampu mengikuti dan memahaminya.Seperti soal roh,kiamat dan sebagainya.
Sebaliknya,apabila seseorang itu tidak percaya kepada hakikat penciptaan yang sebenar bahawa segala sesuatu itu dating daripada Allah SWT bermula daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara,maka mereka akan hidup dalam sifat ‘keakuan’,iaitu sifat bangga diri dengan apa yang dimiliki.
Semoga dengan memahami sifat ilmu ini,kita sebagai hamba akan terdorong untuk terus menimba ilmu selagi kita hidup,kerana kita sedar bahawa sebanyak mana ilmu yang kita miliki,masih lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak ketahui disebabkan kelemahan kita.Semakin banyak ilmu kita,mudah-mudahan bertambah jugalah rasa kagum dan syukur kita kepada Allah SWT.
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
(An-Naml: 73)
Wassalam,…
Source:Telaga Budi.himpunan kata-kata hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat.
University Malaya among Asia’s top 100….
In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.
University Malaya topped the list of five Malaysian universities that were ranked among the top 100 institutions of higher learning in Asia last year.Actually the ranking was provided by London-based QS Quacquarelli Symonds Ltd,the compilers of the Times Higher Education world university rankings.In the “Asian University Rankings” which was compiled for the first time,UM took the 39th spot,followed by Universiti Kebangsaan Malaysia at 51,Universiti Sains Malaysia at 69,Universiti Teknologi Malaysia at 82 and Universiti Putra Malaysia at 90.
As a current student of UM,of coz I’m felt very excited with the result that was announced by that body although before this we (UM) lost to USM to get the status of
“The results of the QS.com Asian University Rankings focus on regionally relevant measures of excellence;” said QS managing director Nunzio Quacquarelli.He said the top performing universities distinguished themselves not only by quality,but also by high productivity of research.Malaysian universities have performed well,with high numbers of international students and faculty.These results make studying in Malaysia an attractive option for international students.
For your information,the top spot for the Asian university went to the University of Hong Kong.The Chinese University of Hong Kong came in second,followed by
| How our institutions fared |
| No 39:UM |
| No 51:UKM |
| No 69:USM |
| No 82:UTM |
| No 90:UPM |
Salam’alayk and hii……..
For more details about top universities,u can visit www.topuniversities.com
Monday, June 22, 2009
Good News...

In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.
Today (22hb/6/09), I was very2 thankful 2 the God Of Almighty for the news that I received early dis morning.U know y??
All my fellow companions,(2nd year students n 3rd year students) were passing their supplement exam with flying colours.At first,i'am really not confident with da news but then i asked one of my friend (de one that i squatting his room during this holidays..huhu.) 2 go 2 de departments of MMB n Patho 2 get de conformation with them.De officers told my friend that all of them were passing de exams successfully..When i heard that good news came from de department officers,i was very2 thankful.I saw tears started 2 rolling down on my friend's cheeks.So,2 all my 2nd year's friends,welcome 2 de polyclinic A.We (4th n 5th students) were gladly received u all there.
At de same time,i felt so downhearted when i heard mybe 9 person of de 1st year students will repeated their year for de physio's paper.My advise 2 u,don't give up,life is a long journey.
As I grow to understand life less and less,
I learn to love it more and more.
Jules Renard
| I don't measure a man's success by how high he climbs but how high he bounces when he hits bottom. --- General George S. Patton |
Patience is the key to paradise.
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)
But lo! with hardship goeth ease, (5) Lo! with hardship goeth ease; (6)
Tuesday, June 16, 2009
ATM hanya ada 30 doktor gigi sepenuh masa
In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.
KUANTAN 17 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghadapi kekurangan pegawai pergigian yang serius apabila hanya mempunyai 30 orang yang bertugas sepenuh masa memberi perkhidmatan kepada kira-kira 120,000 anggota, keluarga dan pesara tentera di seluruh negara.
Pengarah Pusat Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM), Mejar Jeneral Datuk Dr. Sukri Hussin berkata, walaupun jumlah sebenar pegawai pergigian ATM adalah seramai 57 orang namun sebahagian mereka dihantar menjalani misi di luar negara, melaksanakan tugas pentadbiran dan melanjutkan pelajaran.
Sehubungan itu, kata beliau, ATM memerlukan lebih ramai pegawai pergigian bagi membolehkannya memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga tentera.
''Bilangan yang ada iaitu seramai 57 pegawai pergigian ini termasuk mereka yang dihantar menjalani misi di luar negara, pegawai yang menjalankan tugas pentadbiran dan mereka yang melanjutkan pelajaran.
''Jika diikutkan hanya 30 pegawai pergigian yang betul-betul memberikan perkhidmatan (sepenuh masa)," k atanya.
sumber:BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM
Salam ala'yk dan salam perpaduan.
Apabila saya memikirkan lagi 2 tahun 2011 ni (I'Allah) apa akan jadi pada saya...Berbagai-bagai andaian yang bermain di fikiran saya sekarang ini tetapi yang pasti selepas habis belajar sarjana muda ini,saya akan 'mengabdikan' diri (jika tidak keterlaun) dengan Kor Kesihatan Diraja ATM sebagai Pegawai Pergigian.
Apabila saya fikir2 balik ,sebab apa saya mengambil biasiswa Kementerian Pertahanan ni yerk??Mungkin ramai yang tidak tahu mengapakan?
Sebenarnya,memang ada sebab yang banyak mengapa saya mengambil biasiswa ni yang memastikan saya perlu bekerja di kor kesihatan diraja ATM ini.X perlu la saya beritahu di sini.
Jadi,kalau x mahu bagitau mengapa saya tulis pasal ini???Ini adalah kerana saya terpanggil untuk memberi respon dengan berita di atas..
Pertama-tama sekali,saya sungguh terkejut kerana bayangkan cuma seramai 30 orang pegawai pergigian sepenuh masa yang ada untuk membe rikan rawatan kepada hampir kira 120 000 anggota,keluarga dan pesara tentera..Kalau ikut logiknya naik 'pengsan' doktor-doktor gigi di sana untuk memberikan perkhidmatan kesihatan gigi kepada mereka.Dalam hati kecil ni berkata,"cam mana la diorg nak wt keja cm ni punya ramai??"...Tetapi mungkin itulah lumrah kisah doktor2 gigi dalam ATM dewasa kini.Mungkin juga,saya masih tidak memahami apa peranan sebenar mereka di dalam ATM.
Seorang rakan baik yang juga berkhidmat di Kem Kamunting (Beliau cumalah seorang askar biasa bukan doktor) berkata kepada saya,"Klo ko nk tau,diorg ni tambah2 doktor gigi dalam ATM ni bukannya sesibuk mana pun sebab bukan setiap hari ada pesakit,"..Naluri saya menyatakan bahawa memang x logik la dengan berita di atas tetapi saya harus akur kerana itu adalah lumrah/kenyataan yang perlu saya terima sebagai bakal doktor gigi di alam ATM nanti..
Tetapi saya cukup bangga dengan doktor2 gigi ATM yang ada sekarang ini mahupun yang telah bersara..Sebagai contohnya:
-Dr. Roshidah Ishak mencatat sejarah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila menjadi wanita pertama negara dilantik sebagai Jeneral satu bintang.
Dr Roshidah Ishak
-Dr.Faiz Khalid mencatat sejarah menjadi calon angkasawan negara yang kedua.
Dr Faiz Khalid
dan ramai lagi....
Saya telah berjumpa dengan seorang pakar orthodontik ATM yang telah bersara,namanya Dr Hassan.Beliau merupakan bekas kolonel dalam ATM.Sekarang ini,beliau menjalankan perniagaan dengan memberikan khidmat kesihatan orthodontik kepada pesakit di kebanyakan klinik2 di sekitar KL dan Selangor.Saya berpeluang untuk menolong beliau memasangkan 'ortho band' di salah seorang pesakitnya.Beliau telah memberikan inspirasi kepada saya mengenai dunia doktor gigi di dalam ATM walaupun saya sempat berjumpa dengannya sehingga kini hanya sehari sahaja..Jadi,sekarang ini telah jelas matlamat dan impian yang ingin dicapai oleh saya selepas ini apabila bergelar Dr Gigi ATM nanti.Kepada rakan2 yang mana masih tidak mengetahui mengenai bidang pergigian ini,saya ingin jelaskan bahawa Dr Gigi bukanlah 'Dr Second Class' selepas Dr perubatan.Rata2 daripada kita beranggapan bahawa Dr Gigi ini tarafnya lebih dr Dr biasa,tetapi percayalah bahawa Dr Gigi merupakan profession yang tersendiri dan istimewa.Kita tidak perlulah membanding atau mengkelaskan mana2 profession kerana kalau kita masih berdegil mahu mengkelaskan bagaimana pula dengan sastera,ekonomi,perundangan dan mcm2 lagi???Mereka juga ada peranan dan tanggungjawab mereka yang tersend iri kepada masyarakat,negara dan agama.
Saya yakin dan percaya bahawa ATM akan berusaha untuk menambah lagi pegawai pergigian di bawah Rancangan Malaysia yg ke-10 atau seterusnya untuk mengatasi masalah kekurangan tersebut.
Cuma sekadar berkongsi idea dan buah fikiran yang tidak seberapa ini...Sakit gigi ni bahaya tau...sakit kalu kirija pun tak bole buat...:'(
Wassalam....
Abulcasis...

In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.
Salam ala'yk n salam perpaduan...
Seorang pengunjung blog ana bertanya kepada ana."Kirat,nape blog nta namenye Abulcasis?"Saya pun menjawab'"Erm,x pe.Nanti ana kupaskan dalam artikel berikutnya,"Sehubungan itu,dalam artikel ini ana akan cuba mengupas di sebalik nama Abulcasis ini..
Sebenarnya,Abulcasis merupakan tokoh perubatan dan pergigian islam yang amat dikagumi pada suatu ketika dahulu.Jadi apa salahnyasaya mengambil beliau sebagai idola saya memandangkan beliau tokoh perubatan dan pergigian yang unggul~
Dewasa kini,apabila kita bercakap mengenai siapa idola kita,rata2 akan mengambil tokoh2 dari Barat.Hal ini tidak menjadi masalah tetapi mengapa kita tidak cuba menjadikan tokoh islam yang dikagumi ini bukan sahaja bagi masyarakat islam malah barat sekalipun.
AL-ZAHRAWI (936-1013M)
BIODATA
Abu Al-Qasim Al-Zahrawi merupakan seorang lagi tokoh perubatan Arab yang terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Nama sebenar tokoh yang dikenali sebagai Albucasis di Eropah ini ialah Abul Qasim Khalaf ibn Al-Abbas. Al-Zahrawi pernah berkhidmat dengan Raja Sepanyol, Raja Al-Hakam II. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai “Bapa Pembedahan Moden”
Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini. Selain daripada itu, beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang sentiasa menjadi rujukan pada masa kini. Banyak di antara buku-bukunya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Selepas 77 tahun menumpukan seluruh tenaga dalam bidang perubatan, Al-Zahrawi akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1013M dengan meninggalkan banyak jasa.
SUMBANGAN
Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Menurut Will Durant, Sepanyol pada masa tersebut telah menjadi tumpuan orang Eropah untuk menjalani rawatan pembedahan. Dr. Campbell dalam bukunya, “Sejarah Perubatan Arab” menyatakan bahawa prinsip perubatan Al-Zahrawi telah menjadi asas Kurikulum Perubatan Eropah.
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga. Beliau juga memperkenalkan teknik pembakaran tisu dalam 50 jenis pembedahan yang berbeza. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
HASIL KARYA
Al-Zahrawi juga terkenal kerana penghasilan Ensiklopedia iaitu ‘Kitab al-Tasrif’ yang berjumlah 30 jilid. Kitab ini telah menjadi panduan kepada doktor-doktor pembedahan sepanjang abad. Di dalam kitabnya ini, beliau telah memberi penjelasan secara terperinci dan tersusun mengenai perubatan Islam. Pada jilid terakhir buku ini terdapat ilustrasi lebih daripada 200 alat pembedahan yang mana kebanyakannya dicipta sendiri oleh beliau.
Kitab al-Tasrif ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard Cremona pada Zaman Pertengahan. Ia telah dicetak dalam bahasa Latin dan Yahudi dengan nama ‘Medical Vademecum’ pada 1497M. Bab berkenaan pembedahan yang dicatatkan dalam buku ini adalah suatu tesis pembedahan berilustrasi yang julung-julung kalinya. Ia mengandungi 3 bahagian iaitu:
1. Berkenaan pembekaman (kaedah mengeluarkan darah) bagi penyakit ‘apoplexy’ (penyakit yang disebabkan pecahan urat darah di otak mengakibatkan kehilangan deria)
2. Pembedahan yang dibuat denagn pisau belah (skalpel) dan pembedahan mata, telinga dan mulut
3. Pembedahan bagi pelbagai bentuk pecah tulang dan seliuh serta berkaitan kelahiran anak
Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya. Beliau juga mengenalpasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.
Kitab Al-Tasrif sememangnya amat bernilai. Justeru, beberapa edisi buku ini (bab pembedahan) telah diterbitkan di
Monday, June 15, 2009
Pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala

In the Name of God, the Most Merciful, the Most Compassionate
Oh Almighty God, please, we beg you to send us our Guardian- who You have promised us- soon and appoint us as His close companions.
www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.Berita ini diterima selepas zuhur tadi yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:
Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.
Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.
Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.Dan kitab ini merupakan kitab pertama saya beli semasa di alam kampus selain kitab2 laen yang mana saya pinjam daripada orang ramai.
Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.
Al-Fatihah..
Profil Dr Fathi Yakan:
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.
Sumber:
-http://dhanysarip.blogspot.com/2009/06/dr-fathi-yakan-meninggal-dunia.html
- http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/berita-tentang-keadaan-
-http://tamanulama.blogspot.com/






